KLIK DI SINI!

Monday, November 8, 2010

Rombongan meminang dgn org Pantai Timur..SELAMAT BERTUNANG!

Ini baru permulaan adikku berstatus single but not unavailable...Penatnya badan menghantar rombongan bertunang di negeri Pantai Timur. P'jalanan maksimum 12 jam menjadi 16 jam...huahuahua...mana tak nyer melayan kerenah hero-hero kecik yg asyik nak terkencing je dah amik masa, lagi2 konvoi dgn bakal pengantin ,bwkpun bersopan santun sampai kami terlanggar dgn sekor kura2...kuikuikui......masing2 berjaga mata takut ngantuk, seram gak dengar kemalangan ngeri banyak sgt!!!ginilah kalau dapat orang jauh, ini baru permulaannya...sib baik abg aku dekat je! Kat bawah ni ada beberapa gambar yg tak berapa clear coz guna hp murah je..inilah barang hantaran darpada pihak lelaki kpd pompuan yg bertemakan merah, warna kesukaanku! Bila tanya aku warna apa lawa, for surelah pada pandangan mata aku warna merah...jgn marah yg lain!
daun sireh tu, daun palsu...takpe kot sekarang guna daun palsu...tak layu gitu,tu yg nampak fresh je..

ha...inilah budak yang dah bertunang tu...masa sesi perbincangan, sibuk anak sedara dia... si Kimi nak tengok pengantin pompuan! tak taulah apa yg membuat si kimi excited sangat! Maklumlah nak tengok siapa yg nak jadi Makchu dia...Masa selesai makan plak, budak2 ni sibuk tekan loceng umah...budak2 tu tak termasuk anak2 sedara yg pompuan, diorang ni sopan sket!

 Diselitkan ngan gambar Amsyar Harith yg jatuh ranking first budak paling baik!
Mama ngan ayah sentiasa doakan Echa menjadi anak yg baik!

Emakku menyarungkan cincin pada Ina..menandakan anda telah dibooking!
Selamat bertunang buat kalian, semoga ikatan ini diakhiri dgn perkahwinan...

Mama Tati yg sentiasa dirindui oleh hero2ku...Inilah orang kuat yg menaja penginapan dan makanan kami di Kelantan, maklumlah dah kahwin dgn org sana terus nak dok sana...Amzar Hasif menjadi model, budak ni kalau orang lain yg dukung, dia jadi sopan sikit...kembang kempis hidung control kebaikan dia, padahal dalam hati meronta2 nak join abg2 dia main!
 Ini kakak iparku bersama ngan Akif Hadif yg malu2 kucing!, orang kuat photographer...sekali tengok asben dia iaitu abgku, mesti org ingat photographer profesional...hehehe...boleh tahanlah...
Time2 ada majlis penting camni jelah kami boleh berkumpul beramai2...
Diakhiri dgn gambar model Amzar Hasif yg suka ratah ice cube! Makan dkt Bandar Mukhtafil bilal shah, mahal sungguh dia tekan harga makan, aku yg dok JB nipun terkezut! tak baik letak harga tak masuk akal, apa2pun anggaplah tu sedekah dari adikku Aie coz dia yg belanja makan! Kami bertolak dari sana pada hari Ahad kul 9pagi, area Tiram jammed plak tu...habis kene bebel ngan asben salahkan aku, tadah je...mls nk layan...Walaupun abg membebel masa balik dari Kelantan ke JB,
Alhamdulillah...kami selamat pergi dan balik dgn keizinan Allah...