KLIK DI SINI!

Friday, November 12, 2010

Apa yang disemai itulah yang dituai...

Semalam keputusan UPSR baru diumumkan, dan apa yang paling mengerunkan dan mengerikan aku ialah peratus untuk subjek Sains. Target yang diletak sekolah untuk subjek ini agak tinggi iaitu 92% walaupun aku tahu sekolah lain letak lagi tinggi tapi mana bleh ikut sekolah lain...Kebanyakan murid yang bersekolah di sini bukan di kalangan golongan elit.

Aku nak cerita sikit kegembiraan aku setiap tahun...peratus sains setiap tahun meningkat. Alhamdulillah..Allah membantu setiap perjuangan kami...Inilah yang dinamakan kepuasan mendidik!!!

Berikut adalah pencapaian setiap mata pelajaran pada tahun 2009, 2010 dan sasaran 2010. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat kami mencapai target iaitu 91.96% dan murid sekolah ini masih lemah dalam subjek English. Ada juga ayat sinis seseorang,'eh, kalau peratus Sains meningkat dapat apa?'...dapat kepuasan, bukan senang nak menyemai benih yang bermacam, kami guna baja yang berkualiti untuk mendapatkan hasil tuaian yang berkualiti. Penatnya hanya Allah yang tahu...
Apa2pun kami telah membuat refleksi kelemahan dan kekuatan yang kami ada, semoga setiap tahun peningkatan peratus sains bertambah baik. Terima kasih kepada guru2 yg menyokong dan membantu, walaupun kadangkala kami dikutuk dan diperlekehkan oleh pihak2 tertentu, kami berjaya membuktikan doa2 org teraniaya termakbul!!! Kini, penatku sudah terbalas!!!!

 Dan apa yang terkilan, ada 9 orang murid yang gagal dalam subjek sains....Terkilan sangat2, mungkin usaha kami masih belum cukup untuk mereka menguasai dan mengingat fakta sains. Takpe, buat murid2 yang gagal ini bukan pengakhiran perjalan hidup kamu...berusaha untuk peperiksaan seterusnya...

Dan menyedihkan peratus menguasai sekolah kami turun dengan banyak berbanding tahun sebelumnya, sabarlah...mungkin ada hikmah apa yang berlaku...
P/S : Susah ke nak bagi penghargaan walaupun sekadar ucapan tahniah?