KLIK DI SINI!

Wednesday, March 2, 2011

Renovate bahagian dapur (Part 1)

Akibat ketidakpuashatian dengan mozek yg sebenarnya baru dipasang tapi org tak pandai pasang, aku & asben membuat keputusan memecah balik mozek pink ni...
 Benda yang lama aku tunggu nak buat tp tertangguh akibat memikirkan duit banyak dah dihabiskan extend dapur ni. Sempatlah kami menggunakan mozek ni selama lebih kurang 3 tahun...Sebenarnya nak buat cepat, tapi memikirkan duit dah berhabis ke sini, nak taknak kena pejam mata, guna mozek ni..Memikirkan kena guna bagi puas, baru tukar. Lain kali kena tanya orang yang pasang mozek dia pandai ke tidak, janganlah aniaya orang kalau tak pandai buat...
Akhirnya kerja2 memecah bermula pada 22/2/2011.
Bingkai tingkap bilik ini dibuang untuk di buat pintu...
Mozek bilik airpun aku tukar...sebab org yang pasang mozek, buat tak cantik...Lagipun bilik air ni menjadi favourite anak2 mandi, sinki pecahpun di sini akibat keseronokan budak2 tu bermain di bilik air.
Pintu dapur ni di tukar lain....sebabnya buat frame pintu tak betul...frame ditukar ke besi...

Kerja2 membuang mozek lama selesai, sekarang tengah tunggu proses kerja2 pemasangan mozek selesai...
Setiap hari bila balik kerja, suami atau aku terpaksa mengemop lantai...inilah akibatnya bila kerja membaikpulih dilakukan selepas duduk di rumah.
Tak sabar nak tunggu bila semuanya selesai, sebab aku dah tak sbr nak pasang kitchen cabinet...
Harap2 semuanya berjalan dengan baik...selamat tinggal mozek lama!