KLIK DI SINI!

Tuesday, November 2, 2010

Mural bunga tulip!

Penatnyer badan den...menyiapkan mural library sekolah..nak update blogpun tak sempat, bukan setakat blog, kemas rumahpun tak dan! Inilah hero2 yg dtg menyerang bila mama dia naik atas kemas umah, merekapun tolong menyepahkan...huhuhu rasa nak menjeritpun ada,lagi2 tgh pms..
Akhirnya bilik kimi berjaya jugak mama kemas!

Tengok dua orang budak yg tak berbaju tu, padahal mereka mandi kt bilik aku...lps mandi meluru terus masuk bilik ni dan tolong sepahkan...
Inilah hasil mengecat mural di dinding library, nampak senang tp payah...

dua mural yg baru disiapkan, esok dah cuti...hari Khamis pemantauan dah datang...huhuhu nak taknak kena siapkan gak! Sekarang ni tgh sibuk plak latihan rumah sukan...
Apa2pun Good Luck utk library yg masuk pertandingan library peringkat Negeri Johor!
Aku hanya membantu apa yg termampu...

Tuesday, October 19, 2010

Double Congratulations to Uchu ET!

Lama rasa tak tulis blog...dan ucapan tahniah nipun rasanya dah basi...
Kebetulan birthday dan convo jatuh pada hari yg sama so hadiahpun 2 in 1...save budget!
Hadiah teddy bear n bantal love merah tu dari anak2 sedara ben10, sanggup mengusung ke sana sini sampai riben dia tercabut...sowey!Susah betul bila dah banyak rakyat, banyak benda kena pikir...tu yg jd kelam kelibut! Apapun kami ingin mengucapkan tahniah atas Uchu et yang melengkapkan kuota kami adik beradik mendapat Ijazah Sarjana Muda lepas ni bolehlah ikut abg Din dan kak Tati amik Sarjana...
Ingat nak upload gambar yg amik kt studio tp lama sgt, takpe..nanti gambar tu upload kemudian!


 Inilah mak sedara paling bongsu...dan tahniah juga telah mendapat kerja...Apa2pun, cari pengalaman dulu!Kerja elok2..Semoga Kimi, Echa dan Hasif ikut baka yang elok!!!
dan sekali lagi...
"11.10.2010"
"Warmest wishes and thoughts of you on your birthday and all year through"
Congratulations and best wishes for a lifetime of dreams fulfilled....

Thursday, September 30, 2010

Mari memasak bersama chef echa!

Inilah orang paling sibuk di dapur...mentang2 baru potong rambut!
Sebenarnya hari semalam aku jadi meroyan sikit..,
tengah aku kemas dapur, anak yang kecil dah taburkan ajinomoto siap dia makan sekali...Si kecil ni manja sikit, bila aku menjerit je...terus menangis ketakutan...
Yang abang2 dia pulak boleh tak perasan adik dia mkn ajinomoto dek kerana sibuk suh aku bukak gula2, suami plak time tu tgh mandi kt atas..mulalah aku mogok taknak buat keje dan habis anak2 kena marah! selesai setengah jam, bila dah 'cool' sikit barulah aku mula memasak, tupun amsyar Harith masih berani dtg mengacau...takpe2, mama trained Amsyar jadi tukang masak, nanti senang ma takyah buat keje..., sorang memasak, sorang lipat kain, sorang lagi kemas rumah...hehehehe!


Udang goreng kunyit sempoi
Bahan-bahan:
1. Udang 500grm
2. Serbuk kunyit
3. Seulas bawang besar
4..3 ulas bawang putih
5.Lada hijau/merah
6.Sedikit garam/ajinomoto

Cara-caranya:
Lumurkan udang dengan serbuk kunyit + garam, goreng..
Separuh masak masukkan bawang putih, bawang besar, lada + aji

Tara...sempoi je...pastu bolehlah makan...inilah makanan kegemaran chef echa...
Baru echa makan 2 udang je, ayah dh ajak pi teman dia 'thumbprint'...balik semula tengok2 Echa dh tdo...
Kesiannya...terkilan gak sbb dia baru sempat ratah 2 ekor udang...huhuhu


Wednesday, September 29, 2010

Jamuan suka suki...

Hari ni bercadang nak buat jamuan suka suki sempena raya tupun sebab anak2 murid dah tergedik2 suh buat. Plan mintak tolong ngan emak masak...mula2 boleh!tetiba kena 'chong' ngan adik bongsuku ngan ayat..diorangkan kena rasa air tangan kau kak! Terus mak tak jadi...Pastu apalagi...akupun pujuk suami suh tolong aku masakkan mee hoon goreng...sib baik nak!

Waktu jamuan
Geram rasa ngan anak2 murid yg tak pernah menghargai penat lelah cikgu sendiri...kalau diorang tahu aku & asben bangun kul 4 pagi semata2 nak masak mee hoon goreng putih ni...sure haru, tupun aku rasa 5% je yg menghargai...melantak bukan main...
Aku ingat time makan berdisiplinlah sket...haram...padahal cikgu dia yang rajin ni dh setting tuk 30 orang, boleh 'short' tetiba...sbb ada yg amik lebih pinggan...geram tak? makanan tu memang lah ada lagi, tapi aku naklah diorang belajar cara menguruskan diri sendiri dan belajar bersabar. Ada murid, yang belum baca doa makan, dah ngap dulu! Tanggungjawab zero!
Eeeeeiii...malu dgn tetamu yg datang...mesti rimas tengok kelakuan dan kerenah budak2 ni...
Tapi rasanya cikgu2pun dah masak ngan perangai kelasku ini!
Selesai asben masak mee, tetiba aku terperasan lupa nak letak bawang putih sbb blend asing2! Halal jelah...kulit telur pun tak sempat nak bukak...dapat pulak anak murid yang rajin...tunggu aku bukak baru makan.
Inilah antara murid2ku yg baik2 ngee..ngee..ngee...
Terima kasih kepada
==> asben yang sanggup bangun walaupun tido lewat semalam,
==> anak2 yg tido lena dan tak meragam...,
==> sahabat guru yang sudi datang menjengah...,
==> anak murid yang sudi membawa kuih raya, cawan, pinggan, air (yang prihatin saje),
dan terima kasih kepada anak murid yang tak mendengar kata yg membuatkan cikgu tertanya2: kenapa korang jadi cmni???
Semoga kalian menjadi insan yang berguna kpd agama, bangsa dan negara...Janganlah menyakiti hati seorang guru..
Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Nota kaki tanganku: Rasa cam tangan ni merenyam2 nak hinggap kat muka korang,...Nasib baik cikgu Sabar! 
"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Tuesday, September 28, 2010

Cermin Impian!

Saja je nak buat n3 ni...Aku plan ngan suami nak buat bingkai cermin besi camni tapi x survey lagi! Gambar ni diambil di rumah sedara iaitu rumah kak Su a.k.a Mak Itam..Dia kata dia tempah bingkai cermin ni & design sendiri..harga dia dlm RM500 ukuran 6 kaki x 3 kaki, kedai tu baru bukak kt Kulai...kalau jarak dari umah aku ke Kulai agak jauh, so plan nak buat kt kawasan yg berhampiran dgn kami...
Kalau cermin biasa memang banyak dah kami jumpa, tp saje nk design yg ada kerawang2..hehehe...
Dan ini juga yg aku nak buat...tapi bilakah impian ini terlaksana??
Nota kaki tanganku: Gambar hanya untuk rujukan, jgn mare kak Su...nak ciplak design!