KLIK DI SINI!

Wednesday, November 21, 2012

DSV Tahun 2 : Menggambar (Catan)


BIDANG : Menggambar (Catan)
TEMA   : Alam Semula Jadi
TAJUK  : Pokok Bunga

Aktiviti P&P
1.Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada contoh catan menggunakan media basah.
2.Guru menunjuk cara melakar dan mewarna gambar bunga.
3.Murid menghasilkan catan pokok bunga dengan menggunakan teknik basah atas kering.
4.Murid mempamerkan dan menceritakan karya seni yang dihasilkan. 

Penilaian P&P
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti dengan membuat catan pokok bunga berdasarkan empat standard kandungan.








DSV Tahun 2 : Menggambar (Lukisan)















BIDANG : Menggambar
TEMA     : Objek buatan manusia
TAJUK    : Rumahku


Aktiviti p&p:
1) Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab tentang jenis-jenis rumah
2) Guru menunjukkan cara melukis rumah
3) Murid melukis gambar rumah menggunakan teknik garisan selari atau garisan bersilang
4) Murid mempamerkan hasil lukisan yang telah dihasilkan

Penilaian P&P:
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti lukisan rumahku berdasarkan kepada empat standard kandungan





DSV Tahun 2 : Mengenal Kraf Tradisional (Tembikar)


Bidang : Mengenal Kraf Tradisional (Tembikar)
Tema    : Objek buatan manusia
Tajuk    : Tembikar


Aktiviti P&P
  1. Guru menunjukkan gambar atau tembikar dan bersoal jawab .
  2. Guru memperkenalkan media yang digunakan seperti tanah liat.
  3. Guru menunjukkan simulasi membentuk tanah liat supaya menjadi bentuk sfera
  4. Guru menunjukkan cara-cara menghasilkan lingkaran.
  5. Murid membentuk tanah liat secara bulatan (sfera) dan memanjang untuk menghasilkan lingkaran.
Penilaian P&P
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membentuk berdasarkan 2 standard kandungan
Ini contoh yang dibuat oleh anak murid, sebenarnya penggunaan plasticin tidak digalakkan atau mungkin telah diharamkan kerana mengandungi bahan kimia....jangan tiru cam saya hihihi,oleh kerana tanah liat sebenar tiada saya gunakan juga plasticin sekurang-kurangnya mereka belajar sesuatu...
 

Nampak tak plasticin ini dah bercampur dengan warna -warna yang lain?maklumlah lumrah kanak-kanak tak kira warna semua mereka bedal campur...

Kadang-kadang semasa penghasilan tembikar ni terfikir gak,cam tak logik je murid tahun 2 dah kena buat ni, macam2 persoalan..kena murid yang tak berapa bijak,masak kita...lagi2 1 kelas ada 36 orang murid. apa-apapun sebagai pendidik kami akur sebagai pelaksana dasar..huhuhu

 Gambar di bawah adalah contoh sebenar tembikar yang menggunakan tanah liat sebenar, tanah liat ini boleh dibeli di Air Hitam atau pembekal. Bayangkan anak-anak kita yang berumur 8 tahun dah membuat tembikar...............walawei itulah KSSR!


P/s: Bukan mudah jadi guru pada zaman sekarang...