KLIK DI SINI!

Wednesday, March 23, 2011

Lambaian Pulau.....


Pada cuti sekolah baru-baru ini kami sekeluarga telah bercuti di Pulau Tinggi, Mersing. Mesti ramai yang tidak tahu lokasi Pulau Tinggi, Lokasinya atas sedikit drp Pulau Sibu…  Kami mengambil kesempatan cuti kali ini bercuti bersama keluarga dan sepupu sepapat. Bertolak ke Tanjung Leman pada pagi hari Sabtu iaitu sempena ‘Anniversary Perkahwinan kami yang ke 6’. Tiada yg istimewa pada hari itu, cukuplah bila dapat bersama suami dan anak2. Sedang menunggu bot yang agak lama, tetiba Mak Lang berubah hati akibat berita bencana tsunami yang melanda Jepun…tetapi memandangkan lambaian pulau begitu kuat, aku plak yg mendesak tuk pegi. Ahirnya, kami tawakal sahaja meneruskan percutian ini. Bagi aku, ini saja masa yg ada utk ke sana…Lagipun Along Kimi saja yg dah byk kali pegi pulau, anak2 lain belum lagi merasa desiran pantai di sana..
  Pengangkutan bot tak menjadi masalah bagi suami kerana suami berasal daripada Pulau Tinggi dan ramai sedara di sana..kawalan agak ketat sekarang akibat tragedi lemas di tanjung Leman. Masing2 kena pakai ‘life jacket’. Anak2 begitu teruja apabila dapat menaiki bot tapi berbeza ngan baby hasif, bot bergerak je dia jadi takut dan pejam mata rapat2…kesudahannya adik tertidur ngan lena sekali hingga sampai ke destinasi.

Kami mengharungi lautan selama 1jam lebih, akhirnya sampai ke destinasi yang dituju, rasa lega bila dah melepasi lautan. Suasana di sini jauh dari hiruk pikuk kenderaan..memberi sedikit ketenangan kepada aku.  Setibanya di Pulau Tinggi tak sbr2 si Kimi nak ke pantai. Apalagi kalau dah sampai pantai, sikit2 nak berenang..berbeza ngan Amsyar, takut ngan air masin walaupun sebenonya dia pantang jumpa air…

Kat sini kami dapat makan ikan fresh2,…yumyumyum….ini semua berkat suami2 yang belajo menjaring ikan….ketam pun dapat, suka budak2 ni dapat meratah ketam segar…Mereka gembira dapat melihat ikan yang besar2, lagi2 bila dapat ikan pari. Yang kelakarnya kimi cakap ikan pari-pari…mesti dia dah terpengaruh ngan kartun yg ada pari-pari.
Sempat jugak kami singgah di Tanjung Balang ke rumah Paksu Bulat dgn menaiki bot Paksu. Bukan selalu dapat menikmati pemandangan pantai yang indah sekali. Kimi gembira betul dapat naik bot Tok Bulat dia, dia plak sibuk nak jadi pilotnya.

Kami bertolak balik dari Pulau dengan menaiki bot pada hari Selasa. Alhamdulillah, kami selamat sampai dalam pukul lima, banyak gak ikan yg kami bwk balik, dptlah sorang sedikit utk buat laut dlm masa 3 hari…akhirnya, anak2ku dh menjejakkan kaki ke tanah tumpah lahir suamiku…bak kata suami, tak bawak balik pulau, tak kenal asal usul…

3 comments:

Anonymous said...

i have sent an email to u, nak dapatkan contact tok mok chalet..

riz said...

Who's this? sorry, no email in my inbox...btw i wish i will help u...

mOhD FaIZ said...

boleh mintak no contact chalet tok mok ni x?