KLIK DI SINI!

Monday, February 20, 2012

Resipi berpantang

 Cara makanan berpantang setiap orang berbeza-beza. Adakalanya emakku kata boleh makan, mak mertua pula kata tak boleh makan. Aku ingat dulu masa emak buatkan meehoon sup sewaktu anak pertama, emak mertuaku kata takleh makan. Emak tanyala knp? alasan dia sbb benda tu beralur, apa kaitan beralur ngan berpantang? mak pula pertahan hak dia sbb meekn dibuat dr tepung beras, dia tak nampaklah apa mslhnya...last2, aku tak jd mkn, kn mengingkari arahan pulak...spi sekrg aku tak tahu boleh makan ke tidak?
  Orang dulu-dulu percaya makanan yang sejuk-sejuk mesti dijauhkan, ikan dan makanan laut yang gatal juga kena dielakkan. Namun, pada zaman sekarang doktor menasihatkan supaya makanan semua benda yang berkhasiat dan tiada istilah berpantang bagi doktor. Bagi kita dah terbiasa dengan amalan makan berpantang, bertungku, bertangas, berurut dan macam-macam lagi...Ini adalah makan yang dimasak oleh suamiku dan kadang kala ibu mertuaku. emakku tak masak untukku kerana aku berpantang di rumah sendiri dan emak menjaga ammar,amsyar dan amzar di rumahnya, lebih-lebih lagi anakku bersekolah di kawasan rumah emak.

Okey, aku nak cerita makananku sewaktu berpantang...
Sarapan...
Pagi-pagi lagi mesti dah lapar sebab baby breastfeeding. Majoriti sarapanku mesti jumpa air milo dan roti cereal. Bila mak mertua ada dia buatkan lempeng kosong cicah ikan bilis tumbuk (sarapan ni sedap gak). Kadang suami belikan roti canai kosong tanpa sambal dan kuah dal.

Makan tengahari + makan malam
Antaranya yang akan jumpa setiap hari

Ikan bakar bersalut daun kunyit/daun pisang
Aku ni tak tahu jenis ikan sebab semuanya suami yang beli, asalkan boleh dimakan semasa pantang, bolehlah disalut dengan daun kunyit  atau daun pisang. Kalau menggunakan daun kunyit aroma bau daun kunyit sangatlah kuat. Ini abang bakar kat atas kuali je lepas tu tutupkan, kalau masuk dalam aven bleh gak..

bubur nasi

 Bubur nasi + ikan bilis
Ni time2 boring takde makanan, aku buatlah ni...

Ikan kukus campur
 Ikan kukus ni abang campur tongkol n siakap, aku tak lalu makan ikan tongkol tu sebab bila kukus rasa tak sedap, tak taulah tekak orang lain

Ikan siakap kukus
 Bahan-bahan:
  • Serai
  • halia
  • bawang putih & merah
  • lada
  • limau nipis
  • daun ketumbar (kalau ada)
  • garam/ sos ikan
  • ajinomoto 
Cara penyediaan:
Hiriskan bahan-bahan diatas, letak je kat dalam mangkuk kukus. Kalau letak sos ikan tak perlu letak garam, jangan letak sos ikan terlampau banyak nanti tak sodap. 

Ikan bilis tumbuk
 Ini antara makanan kegemaran semasa pantang, asalnya ibu mertuaku yang selalu buatkan, laut ni tersangatlah sedap lagi-lagi bila lapar, suami pun suka lauk ni..cara-caranya senang sahaja

Ikan bilis tumbuk
Bahan-bahan:
  • Ikan bilis
  • bawang merah besar
  • bawang putih
  • Lada besar/lada hitam
  • Asam jawa
Cara penyediaanya:
Ikan bilis digoreng tanpa minyak (disangar),
hiris bawang merah, bawang putih, lada besar (kuantiti mengikut suka)
Tumbukkan ikan bilis dengan bahan di atas ditambah dengan lada besar, jika tidak menggunakan lada, tambahkan lada hitam. Tidak perlu terlalu lumat, setelah itu perahkan dengan air asam jawa.
Dalam minggu keempat bolehlah sebelum ikan bilis tumbuk ini diperah dengan asam jawa kita goreng semula dengan menggunakan kadar minyak yang sedikit..Pasti sedap dimakan dengan nasi panas dan sayur sawi air.

Satu lagi resepi yang aku suka ikan masak asam atau ikan masak singgang
Bila suamiku masak lauk ni, balik kerja mesti dia tanya sedap tak ma?
Kadang-kadang bila dia masak lauk ni dia sengaja tak letak garam, tapi bagi tak mengecewakan dia ku cakap sedaplah jugak. Bila mak mertua datang, masak lauk ni...fuh mavelos...abang, cmnilah baru sedap! Adakala air tangan seorang ibu mempengaruhi gak...

Sup ayam

Bahan-bahan:
  • Ayam
  • Bawang putih,merah
  • Halia
  • Sup bunjut
  • daun sup
  • Lobak
  • Garam
Cara penyediaan:
Tumbuk bawang merah,putih, halia
Masukkan kedalam air
Didihkan, masukkan ayam, sup bunjut, lobak dan garam secukup rasa
Hidangkan dan letakkan daun sup

Untuk sayur pula hari-hari akan jumpa sawi....tapi sedapnya sayur ni time pantang...masak air ataupun tumis tanpa minyak.

Tahun ni tak jumpa sup ikan haruan, sebab selalunya aku tak lalu makan lauk ni, lebih rela makan pil ikan haruan...So kesimpulannya, kita banyak jumpa yg rebus2an bakar..kadang-kadang ada setengah orang tegur kita jgn mkn itu ini padahal masa dalam pantang dia sendiri tak jagapun pemakanan dia, tp dok sibuk ckp kt org lain kita tak berpantang, padahal dia tak jg kitapun! grm tak dgn org cmtu?
Aku agak bertuah kerana semua lauk pantang suamiku yang masakkan sebelum pegi kerja lagipun dia masuk kerja pada pukul 10:00pagi. Jangan ingat aku tak berpantang makanan coz semua lauk pantang dipantau suamiku..termasuklah bab bertungku dia rajin betul panaskan batu merah untuk aku. Aku bertungku guna batu bata merah yang dibeli di kilang construction dengan rege 55sen. Dia kata guna batu tu senang serap haba bila bakar...Terima kasih suamiku kerana sabar melayanku dan anak-anak. Alhamdulillah..anak-anakku sewaktu pantang memang senang dijaga dan tak banyak ragam. Sampaikan jiran sebelah ckp x dgrpun baby nangis..a'ah dia tdo je, kdg2 dgn mama dia t'tdo sekali..







u

2 comments:

ana-kirana said...

aku ayam pon pantang riz heheh..takut gatal

ikan masak sindang pon sedap jugak ..
ikan bilis pon tak makan hehe pantang kuat mak aku

riz said...

kalau jahitan dah ok...ayam xde ape2, cuma telur je kena b'pantang...
Dulu, aku beranak sulung n kedua mmg xleh mkn aym..ni dah ank ke 4, rs jahitan dh ok bleh mkn..hehehe