KLIK DI SINI!

Thursday, August 26, 2010

Amsyar yang baik!

Hari ni masa on da way pi sekolah, aku lihat keaadaan bulan cantik...bulat...Oh..bulan purnama!teringat assigment bg kt anak murid darjah 5, bila mereka belajar topic The phases of the Moon, aku suruh diorang lukis dari 3 Ramadhan hingga 31 Ramadhan...Aku nak mereka memahami fasa2 bulan dengan melihat dengan mata mereka sendiri bukan melaui teori sahaja..kebetulan pulak masa tgh ajo topik ni bulan ramadhan, senanglah sikit aku nak kaitkan dgn fasa2 bulan..semoga mereka buat tugasan ini!

Sebenarnya hari ni nak cite kerenah Amsyar iaitu anak kedua, yang betul2 menguji kesabaran kami di bulan Ramadhan. Bayangkan sepanjang puasa ni ada saje kerenah dia..Amsyar memang budak ringan tulang tapi tak tahannya dia jenis kena ikut cakap dia..A kata dia, A lah kena buat! Paling dia suka: main air..Dalam sehari, dah tak terkira dah baju yang dia salin! asyik mandi jer...takpun basuh pinggan di sinki dapur! Baru2 ni kami tak perasan, boleh ke? lepas basuh pinggan dia tanggal baju dia, dia mandi di sinki dapur..sedar2 je lantai dapur dah banjir! mugpun dh banyak pecah! Amsyar,amsyar...agaknya amsyar ni diutus untuk menguji kesabaran ayah ngan mama eh...Time orang berbuka, sibuk nak itu ini walaupun waktu itu aku dah bagi makan, siap2!
Berbeza ngan Along Kimi, memang tak pernah kacau orang buka. Paling tidak aktiviti dia, melukis...

Aku harap amsyar boleh duduk diam mcm Along dia waktu kami berbuka :P
Tekun dan tak kacau orang...maybe bila dia dah besar sket kot!
Tapi masih ada kebaikan dalam keganasan Amsyar
1. budak yang rajin
2. sentiasa ambil berat
3. pandai amik hati (bodek)
4. pandai jaga baby
Bila balik rumah... sentiasa terfikir, apalagi aktiviti yg akan Amsyar buat harini ?
Semoga Amsyar bertambah baik!

p/s: Emak selalu berpesan supaya aku sentiasa berdoa utk ank2 lps solat!

3 comments:

ila ramli said...

riz, anak dah 4 ker? lama tul tak dengar cerita...ko ajar sek rendah? takleh la nak share soalan sains....

riz said...

bukan 4 lah ila...4 tu termasuk ayah dia, so ada 4 hero...hehehe..
aku teringin nk pi umah ko!

jagoan said...

sudah tentu dia ikut baka ibunya. Wakaka