KLIK DI SINI!

Tuesday, August 10, 2010

Tahlil ringkas di rumah Pak sedara..

Pada hari Sabtu malam ahad lepas, kami pergi ke rumah pakcikku untuk tahlil ringkas.
Majlis tahlil ringkas dibuat sempena kedatangan Ramadhan al-Mubarak. Majlis dibuat hanya untuk sedara terdekat (keluarga sebelah emakku). Tentatif majlis: Bacaan Yassin selepas waktu maghrib.
Bacaan yassin ditujukan kepada
1.semua umat islam yg telah meninggal dunia
2.insan yg dikenali (yg telah kembali ke rahmatullah)
3.buat diri sendiri supaya bertambah baik..

Selingan Majlis, sambutan harijadi tuk anak sedara iaitu
MOHD ISHAK BIN ABDUL RAZAK
merupakan anak sulung daripada 5 beradik, meriah..
Ibunya sebaya dengan aku, tapi anak2 dh besar.
Tulah..lain kali kawen awal..hehehe (tak sesuai utk org berpelajaran...eceh..ceh..ceh..)
Budak paling besar tulah yang sambut harijadi yang ke 12 tahun.
Bila ada kek je...budak2 rasa gembira...nape ek?. Apa2pun semoga menjadi abang yang baik dan bertanggungjawab! yang penting kurangkan makan...aku tengok bertambah besar badan budak ni...
Nota kaki tanganku: Mereka inilah pewaris kami yang akan menghubungkan silaturrahim..moga kalian kenang jasa orang terdahulu...

No comments: